03/05/2024
Pembatalan Konsert ‘Rusty Blade & XPDC’ Live di Singapura
Dengan dukacita kami ingin memaklumkan bahawa disebabkan keadaan yang tidak dapat dielakkan, kami terpaksa membatalkan Konsert ‘Rusty Blade & XPDC’ pada 25hb May 2024.
Kami memahami kekecewaan dan kesulitan yang mungkin timbul, terutama bagi mereka yang telah membuat persiapan untuk menghadirinya.
Sila ambil maklum bahawa keputusan ini tidak diambil secara ringan, dan kami telah meneroka semua pilihan yang mungkin sebelum sampai pada kesimpulan ini.
Kepada peminat-peminat yang sudah pon membeli tiket, sila pantau emel anda untuk maklumat pembayaran penuh untuk tiket-tiket anda . Terima kasih.
Salam,
Greendoor Studios