Tayang

Tayang Tengah bosan ke tu? Nak hiburan? Jangan lupa Follow gais✌🏻

Tahniah buat Fattah Amin dan Amira Othman umum kahwin pada 14 September ni🥰🥰
08/09/2025

Tahniah buat Fattah Amin dan Amira Othman umum kahwin pada 14 September ni🥰🥰

Tahniah atas rumah pertama kamu, Nini! Pada usia 20-an, ini merupakan satu pencapaian yang sangat besar!Saya benar-benar...
08/09/2025

Tahniah atas rumah pertama kamu, Nini! Pada usia 20-an, ini merupakan satu pencapaian yang sangat besar!

Saya benar-benar bangga dengan kamu. Semoga rumah baru ini dipenuhi dengan kasih sayang, tawa, dan pelbagai kenangan indah.

Sekarang mungkin nampak sedikit sederhana, tapi Mama akan bagi idea macam mana nak jadikan ia tempat yang indah dengan taman yang cantik 🥰

Kredit: Norwaliza Abdul Wahab

Deep🥲
08/09/2025

Deep🥲

06/09/2025

Rider basikal berbangsa cina maut bertembung dengan kereta masa tengah race kat Langkawi 😰

Kenapa jalan tak tutup? Dan mana marshall?!! 🤔

Video : Orang awam

Aiik macam mana tiba² duit boleh hilang🤔
06/09/2025

Aiik macam mana tiba² duit boleh hilang🤔

TERKINI: Pelajar 14 tahun mengaku bersalah menumbuk guru.  Tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke ata...
06/09/2025

TERKINI: Pelajar 14 tahun mengaku bersalah menumbuk guru. Tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas guru lelaki berusia 29 tahun di sebuah sekolah menengah.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 September bagi laporan akhlak tertuduh daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum hukuman dijatuhkan.

Sumber: Harian Metro

Ini ialah BABl bodoh yang juga dikenali sebagai babi janggut/jakut/jukut...Tak sama dengan BABl hutan ya. Nak simpan ata...
06/09/2025

Ini ialah BABl bodoh yang juga dikenali sebagai babi janggut/jakut/jukut...

Tak sama dengan BABl hutan ya. Nak simpan atau memiliki haiwan ini kena ada permit.

KETERANGAN SUSPEK MERAGUKANSemalam tular kes ni. Dua orang kanak-kanak lemas dalam kereta. Pagi ni berita laporkan pihak...
05/09/2025

KETERANGAN SUSPEK MERAGUKAN

Semalam tular kes ni. Dua orang kanak-kanak lemas dalam kereta. Pagi ni berita laporkan pihak polis dapati keterangan suspek meragukan.

Kronologi Kejadian

■ 4 September 2025
Polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai sebuah kereta jenis Nissan Teana terjatuh ke dalam Sungai Linggi, berhampiran Jambatan Tanjung Agas, Teluk Kemang, Port Dickson.

■ Pada masa itu, empat sekeluarga terdiri daripada seorang lelaki, seorang wanita, dan dua anak mereka sedang bersantai di kawasan tersebut.

■ Lelaki itu keluar dari kereta untuk merokok, manakala wanita dan dua kanak-kanak berada di dalam kenderaan.

■ Kereta yang diparkir berhampiran tebing sungai dalam keadaan enjin tidak dihidupkan, secara tiba-tiba menggelongsor masuk ke dalam air.

■ Apabila kenderaan menggelongsor, mangsa di dalam kenderaan menjerit meminta tolong.

■ Orang awam yang berada berhampiran bertindak membantu.

■ Seorang wanita berusia lingkungan 40-an berjaya diselamatkan.

■ Kanak-kanak perempuan berjaya dibawa naik ke darat pada jam 1.24 tengah hari.

■ Kanak-kanak lelaki p**a dikeluarkan pada jam 1.47 tengah hari.

■ Kedua-duanya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan. Mereka dipercayai lemas akibat terperangkap di dalam kenderaan.

■ Malam itu, eorang lelaki tempatan berusia 46 tahun (disyaki bapa kepada dua kanak-kanak) dan seorang wanita berumur 41 tahun ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson.

■ Kedua-duanya ditahan selepas didapati memberi keterangan meragukan.

■ Semakan mendapati lelaki tersebut mempunyai 16 rekod lampau, termasuk empat kes masih dikehendaki berkaitan tipu dan jenayah.

■ Wanita itu tidak mempunyai rekod jenayah.

■ Ujian saringan air kencing terhadap kedua-duanya adalah negatif.

■ Kereta Nissan Teana yang terlibat dalam kejadian itu pernah dilaporkan hilang sebelum ini.

■ Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Seremban untuk permohonan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Da apply ke😅
04/09/2025

Da apply ke😅

Agak terkilan bila ternampak posting seseorang yang kata,"Apa la. Dalam account debit kau takde langsung duit ke? Sistem...
04/09/2025

Agak terkilan bila ternampak posting seseorang yang kata,

"Apa la. Dalam account debit kau takde langsung duit ke? Sistem down terus tak boleh bayar?"

Memang ada sesetengah orang yang tak ada walau RM50 pun dalam account. Yang bercakap tu mesti tak pernah merasa macam mana nak beli telur pun kena kutip duit syiling dalam rumah. Ataupun kena transfer RM5 ke account suami yang cuma ada RM15 nak cukupkan duit beli barang dapur.

Nasib kita semua tak sama. Jangan meremehkan. Allah menguji dengan apa yang kita perkatakan.

Sumber : Leez Fatia

Pagi tadi aku dapat tahu ada seorang murid yang tak ada sebuah buku latihan pun.Bila aku tanya murid ini, "Ayah kerja ap...
04/09/2025

Pagi tadi aku dapat tahu ada seorang murid yang tak ada sebuah buku latihan pun.

Bila aku tanya murid ini, "Ayah kerja apa?"

Dengan sayu dia menjawab, "Ayah dah meninggal dunia, cikgu. Saya tinggal dengan mak."

Bila aku tanya lebih mendalam, aku dapat tahu ibunya mencari rezeki hanya dengan menjual ulam-ulaman.

Aku faham situasi ekonomi keluarga ini.

Bukan sengaja ibunya tak mahu beli buku latihan tetapi keadaannya buat masa sekarang tak begitu mengizinkan.

Terus aku bergegas ke koperasi untuk beli set lengkap buku latihan untuk murid ini.

Ya, set lengkap.

Lepas ini, tak perlu dah ibunya nak beli lagi.

Selepas tamat sesi persekolahan, aku terus menyerahkan set buku latihan tersebut.

"Terima kasih cikgu," katanya dengan wajah yang penuh ceria.

Aku doakan si anak kecil ini terus berjaya.

Begitulah.

Bila murid tak bawa buku latihan, tak boleh terus label sebagai murid yang malas atau bermasalah.

Kita kena tahu apa puncanya.

Sebab setiap keluarga ada kisahnya tersendiri.

-Cikgu Asraf-

Bila MySara ada masalah
03/09/2025

Bila MySara ada masalah

Address

Singapore

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tayang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category