26/12/2025
PERAYAAN HARI NATAL:
Kenapa perayaan Natal disambut pada 25 Disember sedangkan kitab Injil tidak menjelaskan tarikh lahir Nabi Isa a.s.?
Sebabnya:
1. Untuk mengkristiankan perayaan penyembah berhala: di tarikh ini masyarakat Rome merayakan hari keputeraan dewa matahari (Sol Invictus) dengan mengadakan pesta kesyukuran dengan memberi hadiah (Saturnalia);
2. Perayaan Christmas pertama berlaku pada 25hb Disember tahun 336M di Rome; zaman pemerintahan Maharaja Kristian Rome yang pertama; iaitu Maharaja Constantine;
3. Dengan mengekalkan taarikh 25 Disember, membolehkan pihak gereja secara tidak disedari mengkristiankan acara ugama menyembah matahari dan pesta kesyukuran yang telah berakar umbi begitu lama kepada perayaan hari Natal, sekaligus memudahkan proses penerimaan agama Kristian.
PERHATIAN:
25hb. Disember bukan tarikh lahir nabi Isa a.s. Ia adalah satu tarikh yang dipilih pihak gereja, untuk menggantikan perayaan kaum jahiliyah yang telah lama berakar umbi.
Pihak gereja berpendapat mengharamkan perayaan yang sedia ada dan menukar kepada perayaan baru dengan tarikh baru akan hanya menyulitkan perkara.
Lantas mereka membiarkan tarikh 25 Disember disambut tetapi secara perlahan menukarkan cara perayaan untuk menyesuaikan dengan hari Natal tanpa disedari akhirnya perayaan Sol Invictus dan Saturnalia bertukar menjadi perayaan hari Natal.
Manakala sesetengah mazhab Ortodoks Timur yang masih menggunakan Takwin Julian yang lama meraikan hari Natal pada 7hb. Januari. Wallahu'alam.