Sujimy Mohamad

Sujimy Mohamad I'm a content creator & content marketing consultant. Today, he is also a social media influencer with more than 480,000 followers on his page.

Sujimy Mohamad is the Managing Director of ScreenBox Pte Ltd, an award-winning Singapore-based digital content creating agency. Previously a production house known for its international documentaries and media production services for an impressive list of local and regional clients, Sujimy has paved the way for ScreenBox to evolve and align itself to today’s digital age of social media. On the mar

keting front, Sujimy is also well-known among advertisers for creating effective social media campaigns and viral marketing videos. He is recognised for his vlogs, which feature human-interest stories with social messaging. A veteran of the media industry for 37 years, Sujimy honed his skills early in the backrooms of broadcasting stations. To date, this National University of Singapore alumnus is a prominent member of the TV industry and has produced and directed over 80 TV shows, documentaries, and numerous viral videos.

 ❤️ Kami tinggalkan Kota Madinah untuk ke Makkah bagi Umrah DIY kami. Sayu sangat meninggalkan kota Rasulullah saw ini k...
20/12/2025

❤️ Kami tinggalkan Kota Madinah untuk ke Makkah bagi Umrah DIY kami. Sayu sangat meninggalkan kota Rasulullah saw ini kerana banyak tempat2 sejarah Islam yang meningkatkan kesedaran sekaligus kesyukuran bagi semua Umat. Syukur, isteri dan anak2 dapat memasuki Rawda dengan tenang, Alhamdulillah. Kami juga sudah sampaikan Salam kepada Rasulullah saw bagi mereka yang mengirimkan. Mohon doa semua❤️

❤️ Al-Madinah al-Munawwarah
18/12/2025

❤️ Al-Madinah al-Munawwarah

Salam subuh dari Masjid al-Nabawi. Semoga anda tenang di mana anda berada dan sentiasa dilindungi Allah ❤️
18/12/2025

Salam subuh dari Masjid al-Nabawi. Semoga anda tenang di mana anda berada dan sentiasa dilindungi Allah ❤️

Kami sudah tiba di Madinah, kota Rasulullah ﷺ.Alhamdulillah, kami telah selamat tiba di kota Madinah sebagai sebahagian ...
16/12/2025

Kami sudah tiba di Madinah, kota Rasulullah ﷺ.

Alhamdulillah, kami telah selamat tiba di kota Madinah sebagai sebahagian daripada perjalanan Umrah DIY kami. Terima kasih atas doa-doa anda semua.

Kami percaya setiap keluarga, pada setiap fasa kehidupan, memerlukan waktu untuk berhenti seketika, dan memohon keampunan, mengingatkan diri agar sentiasa bersyukur, dan memohon petunjuk Allah sebelum membuat keputusan-keputusan yang mendatang. Sebab itulah kami merasakan tahun ini, kami perlu berada di sini sebelum tahun baharu bermula.

Syukur sangat Allah mempermudahkan urusan kami untuk mendapatkan tapak perniagaan baru bagi KedaiSujimy.com dan FITFAB.sg hujung tahun ini. Kami ingin memulakan setiap pencapaian baru ini dengan niat yang betul serta mengharapkan keberkatan daripada Allah.

Doa kami untuk anak-anak juga sentiasa berubah mengikut setiap peringkat kehidupan mereka. Kali ini, doa kami sederhana agar mereka dapat menamatkan pengajian dalam tempoh dua tahun akan datang, agar anak-anak kami menemui kebahagiaan dalam mengejar impian mereka (dalam kerjaya, kehidupan, perniagaan), serta agar Allah mengurniakan kepada mereka pasangan hidup yang baik, yang membawa ketenangan, kasih sayang dan iman, serta memimpin mereka menuju Jannah. Aamin.

Moga kami tidak pernah lupa untuk kembali kepada-Nya, terutama setiap kali hidup terasa sibuk dan penuh apabila kami p**ang ke tanah air. Moga segala urusan, perniagaan dan rezeki kami sentiasa diberkati oleh Allah. Aamin ya Rabb.

Terima kasih kepada semua yang mengikuti perkembangan kami ❤️

14/12/2025

Resipi Tahu Telur dan Cili Kicap, seperti yang dijanjikan! 🥰

Bahan-bahannya (ingredients)

Tahu Telur
- Telur 9 biji (9 eggs)
- Timun (cucumber)
- Lobak merah (carrot)
- Tauhu (tofu)

Cili Kicap
- Bawang putih 8 biji (8 cloves of garlic)
- Cili padi 5 biji (5 bird’s eye chillies – to taste)
- Limau kasturi 7 biji (7 calamansi limes)
- Kicap manis (sweet soy sauce)

Alhamdulillah Kurma Ajwa 5kg dan 1kg dah tiba di warehouse.
13/12/2025

Alhamdulillah Kurma Ajwa 5kg dan 1kg dah tiba di warehouse.

Ramai yang minta resipi tahu telur dan cilinya, jadi Mak dah rakam video cara2 membuatnya. Nantikan hari Ahad ini untuk ...
11/12/2025

Ramai yang minta resipi tahu telur dan cilinya, jadi Mak dah rakam video cara2 membuatnya. Nantikan hari Ahad ini untuk video resipi InsyaAllah. ❤️

Bila saya lawati Hunan, ia merupakan sebuah wilayah yang buat saya terpegun. Simpan post ni agar boleh ingat tempat-temp...
11/12/2025

Bila saya lawati Hunan, ia merupakan sebuah wilayah yang buat saya terpegun.

Simpan post ni agar boleh ingat tempat-tempat yang boleh diterokai.

Setiap tempat yang saya lawati ada keistimewaannya:

1. Zhangjiajie: Saya dapat berjalan di atas jembatan kaca sepanjang 420 meter (terpanjang di dunia). Gayat juga lute dibuatnya namun menarik untuk dicuba! Ada orang buat bungee jumping dan zip line di sana. Ada lif gunung terpantas… sampai ke Tianmen Mountain dan anda boleh buat glass walk di atas Tianmen Cave yang menakjubkan. Malam p**a kami menonton Tianmen Fox Fairy Show di antara gunung-gunung. Besar betul pentas yang mereka gunakan, dalam gunung p**ak tu!

Dan tak lupa juga 72 Wonder Tower serta Yuanjiajie, lokasi yang menginspirasi dunia Avatar. Betul-betul macam masuk alam lain.

2. Furong Ancient Town: satu-satunya tempat kita boleh masuk dalam air terjun! Kami juga lintas sungai dan malamnya menikmati pemandangan bandar air yang bercahaya.

3. Changde: kami singgah di masjid berusia lebih 600 tahun, yang menjadi saksi masyarakat Islam di sini telah wujud sejak Dinasti Ming. Kami juga menjelajah kota purba yang menyimpan sejarah masyarakat Hunan.

4. Changsha: dari Orange Island yang dipenuhi pokok oren, pomelo dan asam jawa, sampailah ke patung gergasi Mao Zedong ketika muda. MasyaAllah, besar sangat!
Setiap tempat meninggalkan kesan.

Jika anda ingin ke Hunan anda boleh dapatkan itinerary-nya daripada Dreamcation Cruises and Tours

Best sangat Hunan sebenarnya, susah nak lupakan pengalamannya.

Alhamdulillah. Hari ini kami raikan 2 perkara mengenai anak nombor 2, Qasrina. Yang pertama hari ini, hari lahirnya yang...
09/12/2025

Alhamdulillah. Hari ini kami raikan 2 perkara mengenai anak nombor 2, Qasrina. Yang pertama hari ini, hari lahirnya yang ke-21! Syukur Alhamdulillah. Rasmi seorang dewasa dan layak mengundi! ☺️ namun ada berita kedua yang mengejutkan kami, iaitu Rina lulus ujian memandu semalam, pada percubaan pertamanya! Alhamdulillah, Rina dah dapat lesen memandu kereta🫶. Mengapa ia mengejutkan kerana, walaupun kami tahu beliau sedang belajar memandu, beliau langsung tak beritahu beliau dah pun menempah tarikh ujian memandu semalam… Selepas lulus beliau simpan kejutan itu selama sehari dan hanya umumkan hari ini! Terperanjat kami dibuatnya. Subhanallah, inilah anak nombor 2 ya, berdikari betul! 😍😍 gembira kami mendengarnya, Alhamdulillah.

Kami ke Johor Bahru untuk makan tengah hari kemudian ke Toppen Shopping Mall untuk aktiviti memanah dan indoor golf.

Kami doakan Rina menjadi anak yang solehah dan selalu menerima barakah dan kejayaan drp Allah swt. ❤️

Haslinda Ali

Alhamdulillah, barang baik dah sampai warehouse KedaiSujimy.comCuba Try Adult Pull-Up Pants kini siap membantu ramai yan...
05/12/2025

Alhamdulillah, barang baik dah sampai warehouse KedaiSujimy.com

Cuba Try Adult Pull-Up Pants kini siap membantu ramai yang ingin rasa lebih selesa, siang dan malam.

Harga borong ada di ruang komen. Sesuai untuk dipakai sesiapa saja yang tidak dapat mengawal buang air kecil, atau sering ke tandas, dan travellers yang perlukan ‘safety net’ bila travel. Setiap pek ada 10 adult pull-up pants di dalamnya. 👍 Cuba Try!

Rakan saya Suhaimi Yusof Official berangkat hari ini bersama rombongan syarikat pelancongan kamiDreamcation Cruises and ...
03/12/2025

Rakan saya Suhaimi Yusof Official berangkat hari ini bersama rombongan syarikat pelancongan kami
Dreamcation Cruises and Tours ke Kunming, Dali & Lijiang, China. Yang ni kump**an pertama, malam ini kump**an kedua akan berangkat. Semoga semuanya selamat & enjoy bercuti✈️

Beritahu yang lain. Jangan beli jam2 ini kerana mereka AI gambar saya pakai jam dan kononnya saya beli. Saya tak pernah ...
02/12/2025

Beritahu yang lain. Jangan beli jam2 ini kerana mereka AI gambar saya pakai jam dan kononnya saya beli. Saya tak pernah jual dan beli jam2 ini. Ramai yang dah kena. Bantu saya report ya. Terima kasih & hati-hati.

Cara periksa samada posting itu sahih:

1. Check blue tick. Akaun FB saya verified bermakna ada blue tick di sebelah nama. Akaun scam tak ada blue tick.

2. Check jumlah followers. Akaun scam selalu ada 0 followers.

3. Check dengan saya. PM. Jangan beli dulu.

4. Saya hanya jual barang di kedasujimy.com, Tiktok Shop Kedaisujimy dan Shopee Kedaisujimy. Lain tempat online saya tak jual barang. Jadi hati2

Kongsi kepada yang lain untuk keselamatan kita bersama.

Address

1 Bukit Batok Crescent
Singapore
640470

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sujimy Mohamad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Sujimy Mohamad:

Share

Category