Kaki viral DARI AWANGAN TERUS KEPADA ANDA
Whatapps

Salmon selalu jadi pilihan sebab dia padat nutrisi.Protein tinggi, jadi kenyang lama dan bantu jaga otot.Omega 3 (EPA da...
15/03/2026

Salmon selalu jadi pilihan sebab dia padat nutrisi.
Protein tinggi, jadi kenyang lama dan bantu jaga otot.
Omega 3 (EPA dan DHA) yang baik untuk jantung dan otak.
Vitamin D, B12, selenium dan iodine yang bantu tenaga, saraf dan sistem imun.

Cuma masalahnya, salmon tak selalu mudah dicapai untuk makan kerap.
Jadi kalau anda cari pengganti yang lebih mudah dapat dekat Malaysia, ini 5 pilihan yang boleh cover sebahagian besar “kelebihan salmon” tadi.

1) Ikan kembung
Apa dia cover: Omega 3 tinggi, protein tinggi, B12 pun ada.
Cara mudah: bakar kunyit garam, atau masak asam pedas.
Kalau target anda omega 3, ini antara pilihan paling berbaloi.

2) Sardin dalam tin
Apa dia cover: Omega 3, protein, B12. Kalau makan sekali tulang yang lembut, kalsium pun dapat.
Cara mudah: masak tumis bawang cili, atau campur dalam omelet.
Tip: kalau rasa masin, bilas sekejap.

3) Ikan selar atau selayang
Apa dia cover: Protein, B12, dan masih ada lemak baik walaupun tak setinggi salmon.
Cara mudah: buat singgang, sup, atau bakar.
Sesuai untuk makan lebih kerap sebab senang dan cepat.

4) Telur
Apa dia cover: Protein tinggi, B12, sedikit vitamin D.
Cara mudah: telur mata, telur dadar, telur rebus, atau shakshuka versi simple.
Kalau anda nak kenyang dan cukup protein dengan cepat, telur memang padu.

5) Tauhu atau tempe
Apa dia cover: Protein yang stabil, bantu kenyang lama.
Bezanya: omega 3 jenis EPA dan DHA tak sama macam ikan, tapi untuk protein harian, ini sangat praktikal.
Cara mudah: tempe goreng kunyit, tauhu sup, tauhu kukus kicap bawang.

Kalau anda nak “omega 3 macam salmon”, fokus ikan kembung dan sardin.
Kalau anda nak “protein dan kenyang lama”, telur, tauhu dan tempe boleh jadi rutin.
Kalau anda nak “mudah dan cepat”, selar atau selayang memang senang masuk menu.

KEMALANGAN DI THAILAND: PROSEDUR, HAK ANDA & ISU AGEN INSURANSSejak aku dah tak lagi aktif bantu kes kemalangan di Thail...
07/01/2026

KEMALANGAN DI THAILAND: PROSEDUR, HAK ANDA & ISU AGEN INSURANS

Sejak aku dah tak lagi aktif bantu kes kemalangan di Thailand secara langsung, ada yang mula meroyan dan marah pada agen insurans p**a bila dikenakan bayaran.

Aku nak jelaskan satu benda dulu…

❗ NAK PERGI BANTU KES KEMALANGAN — ADA KOSNYA
Contoh kalau kes di Krabi (3H2M), biasa aku perlu belanja kos sendiri sekitar RM1,500 untuk:
• Minyak kenderaan
• Hotel penginapan
• Makan minum
• Saguhati kepada orang tempatan yang bantu urusan (translator dsb)

Kalau ada agen insurans yang boleh beri khidmat "after-sales service" secara percuma (turun padang bantu di lokasi), itu rezeki anda—belilah dengan mereka. Tapi kalau tak ada, fahamlah… semua pergerakan memerlukan kos.

✅ PROSEDUR ASAS JIKA BERLAKU KEMALANGAN DI THAILAND

1️⃣ JATUH SENDIRI (TIADA LIBAT KENDERAAN LAIN)
Biasanya dalam report polis akan ditulis: kita yang cuai (careless).
• Kos Rawatan: Claim CI (Compulsory Insurance/Por Ror Bor) dahulu. Had maksimum selalunya 30,000 Baht (rawatan awal).
• Jika bil lebih had CI: Guna Travel Insurance (TI).
• Motor rosak: Hanya boleh claim jika ada E101 (Extension 101) atau Insurans Kelas 1 (First Party).
(Wajib buat report polis & ambil gambar kenderaan untuk claim).

2️⃣ KITA LANGGAR KENDERAAN ORANG THAI
Polis akan tentukan siapa bersalah berdasarkan bukti/siasatan.
Jika kita didapati bersalah:
• Kos Rawatan kita: Claim CI sendiri.
• Jika bil tinggi: Guna TI (Travel Insurance).
• Ganti rugi kenderaan Thai: Guna VI (Voluntary Insurance - Kelas 3).
(Jika tiada VI, anda perlu bayar kerosakan kenderaan/harta benda pihak Thai guna duit poket sendiri. Ini yang mahal!)
•Kenderaan kita rosak: Claim E101 jika ada.

3️⃣ KITA DILANGGAR KENDERAAN THAI
Jika polis sahkan kita TIDAK BERSALAH:
• Kos Rawatan: Claim CI pihak lawan (atau CI kita dahulu, kemudian subrogate).
• Pampasan: Kita berhak tuntut ganti rugi kerosakan dan kecederaan dari insurans pihak Thai.

⚠️ JANGAN MUDAH SETUJU “SAMA-SAMA SALAH” (JOINT NEGLIGENCE)
Ini taktik biasa supaya kes cepat selesai dan pihak insurans Thai tak perlu bayar pampasan penuh.
Penting:
• Jangan tandatangan sebarang dokumen pengakuan salah jika anda yakin anda betul.
• Dapatkan penterjemah bertauliah atau bantuan Konsulat jika dipaksa.
• Jika ada E101: Sediakan report & gambar untuk claim di Malaysia (Repatriation of vehicle).

KEMALANGAN LIBATKAN KEMATIAN

a) Jika kita bersalah & rakyat Thai meninggal
• Pampasan boleh diminta oleh waris mangsa (nilai boleh cecah jutaan Baht).
• VI (Voluntary Insurance) sangat penting di sini untuk cover liabiliti ke atas pihak ketiga.
• NASIHAT: Lantik Peguam Thailand untuk urusan mahkamah dan rundingan pampasan.

b) Jika kita dilanggar & rakyat Malaysia meninggal
• Waris boleh menuntut pampasan kematian daripada insurans pihak Thai.
• Pastikan report polis jelas menyatakan pihak Thai bersalah.
• NASIHAT: Lantik Peguam Thailand. Jangan urus sendiri sebab melibatkan undang-undang sivil Thai yang kompleks.

SYARAT UTAMA UNTUK TUNTUTAN
Pastikan dokumen ini lengkap dan sah:
1. Insurans lengkap: CI + VI + TI + E101 (Sangat disarankan).
2. Passport (Belum tamat tempoh).
3. Geran kenderaan (Original/Salinan yang disahkan).
4. Lesen memandu yang sah (Penerimaan lesen Malaysia atau International Driving Permit).

PERANAN AGEN & ADJUSTER INSURANS
• Adjuster Insurans: Tugas mereka menilai kerosakan. Ramai tak boleh cakap Melayu/English.
• Agen Insurans: Boleh jadi orang tengah.

⚠️ PERLU FAHAM REALITI:
Agen insurans (penjual) bukan "Aktivis Masyarakat" atau "Bantuan Kecemasan Percuma". Jika mereka turun membantu menyelesaikan kes di balai polis atau hospital, mereka wajar mengenakan caj perkhidmatan (service charge) untuk menampung:
• Kos perjalanan & masa.
• Kos penginapan & kepakaran.

JIKA RASA TERTIPU OLEH AGEN/RUNNER
Jika berlaku unsur jenayah seperti:
• Duit pampasan dilesapkan.
• Polisi insurans palsu.
• Peras ugut (minta bayaran tak masuk akal tanpa resit).

Sila buat laporan polis di Thailand DAN Malaysia. Simpan segala bukti perbualan dan resit.
(Namun, jika sekadar caj servis yang telah dipersetujui awal, itu bukan penipuan, itu urusan perniagaan).

GLOSARI:
• CI: Compulsory Insurance (Wajib) - Cover orang sahaja.
• VI: Voluntary Insurance (Pilihan) - Cover harta benda orang lain (3rd Party).
• TI: Travel Insurance - Cover perubatan tambahan & personal accident.
• E101: Perlindungan kenderaan sendiri (masuk Siam).

Untuk makluman, ramai yang menjadi Agen Insurans namun tak ramai yang betul-betul ada pengalaman menyelesaikan kes accident di Thailand (Claims handling).

Nak bantu menyelesaikan kes accident di Thailand kita kena ada Jiwa Malaysia. Jika tiada, mangsa akan rasa teraniaya di negara orang.

SAYA HALALKAN COPY PASTE UNTUK TATAPAN PELANCONG MALAYSIA KE THAILAND

Share - Follow - Like - Komen
Page : Cikgu Joe Satun

Borang Laporan BanjirBorang laporan banjir di Hatyai aku share link di bawahSo hangpa pakat tolong share sat posting ni....
25/11/2025

Borang Laporan Banjir

Borang laporan banjir di Hatyai aku share link di bawah

So hangpa pakat tolong share sat posting ni.

Ada tempat arus terlalu kuat, bot tak boleh masuk.

Ada tempat diluar bandar hatyai seperti homestay, rescue pun tak jangka ada orang Malaysia disana.

So pakat pakat share sat.

Mangsa banjir isi form itu dan mudah rescue nak cari.

Ada yang 4 hari tak makan.
Tolong share sat posting ni.

Bini aku dah penat. 4 hari dah dok tolong rakyat Malaysia di Hatyai.

Hotel semua kena bayar. Bukan free
Hangpa tolong share saja bukan kena bayar pun.
Tolong sat na !

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeVGsBHp857Xb1sgxAlr4qUleExkkm2lS5XW8J855FJcywTcQ/viewform?fbclid=IwVERTSAORTp1leHRuA2FlbQIxMABzcnRjBmFwcF9pZAwzNTA2ODU1MzE3MjgAAR6yt97W1DNC_LdhTj04r8X2JrOsYAJVr-alGSG2d7-M7ZJ18h2HfTzKlWv0Jg_aem_NkSprB8FoRjz1oDn3TWaMA&sfnsn=wa



Credit Cikgu Joe Satun

Bumi Kedah berduka 24 Nov 2025إِنَّا لِلّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَاَللّٰهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ ...
25/11/2025

Bumi Kedah berduka

24 Nov 2025

إِنَّا لِلّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

اَللّٰهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الْأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَس، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَفِتْنَتِهِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ.

Petang itu menjadi saksi kepada sebuah perpisahan yang tidak mampu ditanggung oleh hati-hati yang pernah menyayangi beliau. Seluruh pelusuk daerah Pendang khususnya dan kawasan-kawasan yang pernah disentuh oleh bimbingan serta doa beliau terasa seakan berhenti bernafas.

Pada 24 November 2025, dalam usia 84 tahun, seorang ulama yang hidupnya dipenuhi ibadah, zikir, suluk dan kesungguhan mendekatkan manusia kepada Allah Ta’ala – Syeikh Haji Sanusi al-Kholidi – kembali ke pangkuan Tuhan yang dirinduinya sepanjang hayat.

Nama penuhnya ialah Tuan Guru Imam Haji Sanusi Bin Haji Salleh Bin Lebai Noh Bin Haji Sidek. Dilahirkan pada tanggal 22 Mac 1941, beliau tumbuh dalam suasana yang sarat dengan keberkatan ilmu dan keturunan soleh. Datuknya, Haji Sidek, mempunyai hubungan nasab dengan Raden Haji Abdul Hamid – keturunan Sunan Gunung Jati – manakala ayahnya p**a adalah murid kepada Tuan Guru Haji Ahmad Rubat, guru masyhur Pondok Chegar. Ibunya, Hajah Fatimah dari Pahang, juga seorang penuntut ilmu yang berhijrah demi agama.

Sejak kecil beliau dibesarkan dengan adab, dididik dengan al-Quran, dan dipagari oleh suasana ilmu. Selepas menamatkan darjah enam, beliau meneruskan pengajian di Madrasah Ibtidaiyyah Guar Cempedak selama sepuluh tahun sehingga memperoleh syahadah 4 thanawi. Di sinilah beliau mula berguru dengan ramai masyaikh, antaranya Tuan Guru Haji Muhammad Aqib – murid kepada Tuan Hussein Kedah al-Banjari. Setelah kewafatan gurunya itu, beliau menyambung lagi talqin ilmu di Madrasah Irsyad, Sungai Bakap.

Sepanjang hayatnya, beliau mengambil manfaat daripada ramai guru besar tanah air, antaranya Tuan Guru Haji Abdul Majid Guar Cempedak, M***i Kedah Syeikh Abdul Majid, Tuan Guru Haji Mat Saman Kati, Tuan Guru Haji Abdul Aziz Pendang, Tuan Guru Haji Omar Zuhdi Pondok Lanai dan Tuan Guru Haji Wan Hassan Pekan – guru yang kemudiannya membimbingnya dalam suluk sehingga beliau dilantik menjadi wakil ke-46 tareqat Naqsyabandiyyah al-Kholidiyyah pada tahun 1985.

Pada tahun 1967, beliau berkahwin dengan Hajah Saodah binti Haji Husin, wanita solehah yang berdiri teguh di belakang perjuangan suaminya. Isterinya sendiri aktif dalam perjuangan Islam dan pernah menjadi Ketua Muslimat PAS Kedah selama beberapa penggal. Dalam masjid, madrasah dan gelanggang dakwah, mereka berjalan seiring, saling menguatkan.

Pada tahun 1980, Syeikh Haji Sanusi dilantik menjadi Imam Masjid Kubang Jelai selama hampir satu dekad. Beliau bukan sekadar imam yang membaca dengan tartil, tetapi seorang murabbi yang membentuk jiwa-jiwa untuk kembali kepada Allah. Suaranya dalam tazkirah lembut tetapi tegas, zikirnya panjang dalam malam yang sunyi, dan nasihatnya bagai sejuk embun kepada hati yang resah.

Beliau pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Ops Kenari (1989–1991). Walau diuji, beliau p**ang dengan hati yang lebih tenang, lebih dekat, dan lebih bercahaya. Di atas jalan tareqat, beliau menerima bai‘ah daripada beberapa guru besar – Tareqat Mujaddidiyyah daripada Syeikh Abdul Aziz Wan Besar, Tareqat Samaniyyah daripada Tuan Guru Haji Mat Saman Kati, dan Tareqat Mufarridiyyah daripada Syeikh Ma’mum – sebelum akhirnya istiqamah hingga akhir hayat dalam Naqsyabandiyyah al-Kholidiyyah.

Hari pemergiannya, murid-muridnya menangis seperti hilang bapa rohani. Tiada yang lebih pilu daripada melihat insan yang hidupnya hanya untuk Allah kini diusung dalam tenang menuju perhentian abadi. Namun hilangnya seorang ulama bukanlah sekadar kematian seorang insan, tetapi lenyapnya sebuah mata air ilmu, padamnya sebuah pelita yang memandu manusia dalam gelap.

Moga Allah Ta’ala merahmati roh beliau dengan seluas-luas rahmat, memperindah kuburnya, menempatkan beliau dalam kalangan para siddiqin, solihin dan muqarrabin, serta menjadikan segala ilmu dan zikir yang diajar sebagai cahaya yang terus mengalir tanpa putus.

اللهم اجعل قبره روضة من رياض الجنة
اللهم ارفع درجته في عليين
اللهم جازه عنا خير ما جازيت به عبدا من عبادك الصالحين

Wafatnya seorang ulama ibarat gugurnya bintang di langit malam—tetapi cahaya yang ditinggalkannya akan terus menyuluh jalan bagi mereka yang mencari Tuhan.

Bagi penduduk Alor Setar jika tak setuju cukai taksiran yang baru boleh scan qr code dibawahBak kata seorang budiman sep...
01/11/2025

Bagi penduduk Alor Setar jika tak setuju cukai taksiran yang baru boleh scan qr code dibawah

Bak kata seorang budiman seperti dibawah:
The greater Kedah
Kedah tempat orang kaya berbakti
Tempat orang susah berteduh

Salinan benar: Mohd Hafizuddin

Lepas ni rakyat dah tak kena tindas dengan bank bila beli kereta.Berita baik buat seluruh rakyat Malaysia Dewan Rakyat b...
10/10/2025

Lepas ni rakyat dah tak kena tindas dengan bank bila beli kereta.

Berita baik buat seluruh rakyat Malaysia Dewan Rakyat baru sahaja meluluskan Pindaan Akta Sewa Beli (Hire Purchase Amendment Bill) 2025.

Ini langkah besar ke arah sistem pinjaman yang lebih adil, telus dan berpihak kepada pengguna.

Apa Masalah Dengan Sistem Lama?

Selama ni, bila kita buat pinjaman kenderaan, bank guna dua sistem lama yang “mencekik” pelanggan tanpa kita sedar:

1. Kadar Rata (Flat Rate Loan)
Faedah dikira atas jumlah pinjaman penuh dari awal sampai habis. Jadi walaupun baki hutang dah makin kecil, faedah tetap sama. Rugi.

2. Peraturan 78 (Rule of 78)
Kaedah ni buat bayaran awal kita lebih banyak masuk ke faedah, bukan hutang pokok.

Sebab tu bila nak settle awal, baki hutang masih tinggi gila dan rebat yang kita dapat ciput je.

Apa Yang Berubah Sekarang?

Melalui pindaan baru ni, kerajaan hapuskan terus dua sistem lama tu. Selepas ini semua pinjaman sewa beli akan guna kaedah baru “Baki Berkurangan” (Reducing Balance Method).

Maknanya:

✅ Faedah dikira ikut baki pinjaman semasa, bukan jumlah asal.
✅ Lagi cepat kita bayar, lagi banyak kita jimat.
✅ Bayaran bulanan jadi lebih telus dan adil.

Contoh

Bayangkan beli Perodua Myvi 1.5 AV (2025) dengan:

Jumlah pinjaman: RM55,600
Tempoh: 9 tahun
Kadar faedah: 2.8% (flat)

Ramai tak tahu, kadar 2.8% ni bila ditukar ke kadar sebenar (effective) ia sebenarnya 5.31% setahun!

Kalau kau buat penyelesaian awal (early settlement):

Tahun ketiga jimat RM328
Tahun kelima jimat RM251

Semakin awal kita bayar, semakin banyak kita jimat.
Ini duit sebenar yang sepatutnya kekal dalam poket kita dan tidak disedut oleh pihak bank.

Kelebihan Untuk Rakyat :

✅ Lebih jimat bila bayar awal.
✅ Lebih telus.
✅ Lebih adil.
✅ Tak ada lagi sistem yang berat sebelah untuk bank.

Bila Akan Dikuatkuasakan?

Industri kewangan diberi masa 18 bulan untuk ubah sistem mereka. Ada Ahli Parlimen cadangkan percepat ke 6–12 bulan.

Terima kasih kepada pihak kpdnhep kerana telah berusaha membawa isu ini. Moga dengan Akta baru ini serba sedikit mengurangkan beban rakyat.

Credit kepada tuan Yahaya bagi saya lebih mudah untuk faham dengan penulisan beliau.

Orang PENDANG mana Orang PENDANGPRE ORDER UNTUK SPICY CHICKEN TENDERS DARI BITE MELokasi: Sekitar pekan pendangTarikh hn...
18/08/2025

Orang PENDANG mana Orang PENDANG

PRE ORDER UNTUK SPICY CHICKEN TENDERS DARI BITE ME

Lokasi: Sekitar pekan pendang
Tarikh hntar: 20/8/25
Harga: RM10
Tarikh Tempahan : 18/8/25 (hingga jam 5.00 ptg)
Masa penghantaran:
12.00 tgh - 2.00 ptg

Caj penghantaran:
Sbrng Pendang - FOC
Pekan Pendang - RM1

Hubungi: www.wasap.my/+601132255362/Fadhli

Akuleh Fadhli

22/07/2025

EVOO Minyak Zaitun Extra Virgin Early Harvest Sihate Premium Turkey

GOLD MEDAL 2023-EVO International Olive Oil Contest (100C) NEW PACKAGING!

Memperkenalkan Minyak Zaitun Extra Virign Early Harvest Sihaté - Nature's Food yang mempunyai pelbagai khasiat & manfaat, bakal membantu anda menggapai impian dan cita-cita, jom sihat secara natural!

PROMO: Dengan setiap pembelian Combo Minyak Zaitun Extra Virgin Early Harvest, anda akan menerima penjimatan sehingga Bernilai RM159

Dari Sihaté untuk anda dengan Jaminan Kualiti, Selamat dan Dipercayai untuk seisi keluarga.

✔2x ujian makmal.

✔Mempunyai Certificate of Analysis (COA).

✔Mempunyai pengesahan organik

✔Mempunyai pengesahan halal

✔Dibawa masuk dengan penuh teliti di dalam konteka sejuk.

✔Bebas dari sebarang bahan kimia & pengawet.

✔Menjalani proses tekan sejuk

✔Diiktiraf Organik oleh Turki & Kesatuan Eropah

Rujuk Analisis Makmal (COA) https://tinyurl.com/evooehcoa

Minyak Zaitun Extra Virgin mengandungi, Polyphenol, Tyrosol Biofenol, Vitamin E, Vitamin K, Omega-3, Omega-9

Semua ini merupakan sumber terbaik yang ada, terbukti secara saintifik mampu memberikan pelbagai manfaat kepada yang mengamalkannya;

1. Mengurangkan risiko penyakit jantung

2. Kawalan gula darah yang lebih baik

3. Mencegah dari kanser

4. Kesihatan otak bertambah baik

5. Melancarkan penghadaman

6. Sesuai untuk pesakit dialisis buah pinggang

7. Mencegah dari dialisis dan penyakit buah pinggang

Manfaat Untuk Kesihatan Luar & Dalam

ANTIOKSIDA

Kompaun Phenolics yang ada dalam minyak ini terbukti dapat menghapuskan radikal bebas, membunuh sel kanser (kanser payudara) dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

OLEOCANTHAL

Rasa pedas disebabkan kandungan Oleocanthal dalam

minyak ini mengandungi bahan yang sama seperti bahan yang ada dalam 'pain killer' yang menghalang enzim COX1 dan COX2 yang menjadi punca untuk mencetuskan rasa sakit, keradangan, demam dan Alzheimer.

MONOUNSATURATED FATTY ACIDS (MUFAS)

Minyak ini mengandungi 75% MUFA yang mampu untuk memberi perlindungan dari terkena penyakit. MUFA terbukti secara saintifik dapat mengurangkan penyakit jantung, Diabetes Jenis 2. Atherosclerosis (disebabkan darah tinggi) dan kanser kolon.

VITAMIN E

Melindungi tubuh dari terkena masalah kulit dan mata, kanser, kencing manis, penyakit berkaitan neurologikal seperti

Alzheimer.

VITAMIN K

Bertindak untuk pembekuan dan proses-proses yang melibatkan penetapan kalsium dalam badan, lanya juga baik untuk melindungi dari rintangan insulin (diabetes jenis 2).

Cara Penggunaan

1 sudu besar Pagi & Malam sebelum tidur, minum segelas air selepas anda mengamalkannya, boleh diambil sebelum atau selepas makan.

Cara penyimpanan

Simpan di tempat kering, jauhi haba tinggi, simpan pada suhu bilik normal.

Sebarang pertanyaan sila hubungi;
www.wasap.my/60124912382/Sihate

Lokasi Sweet Fortune Enterprise

SWEET FORTUNE ENTERPRISE
NO 20B RUMAH KEDAI PEREMBA,
JALAN LENCONG BARAT,
LEBUHRAYA SULTANAH BAHIYAH,
05150 ALOR SETAR,
KEDAH

Olive Oil Hq
Sihate hq

Menempah slot Umrah bukan seperti booking tiket bas Ekspres balik kampung. Kalau dua bulan sebelum cuti sekolah baru ham...
22/07/2025

Menempah slot Umrah bukan seperti booking tiket bas Ekspres balik kampung. Kalau dua bulan sebelum cuti sekolah baru hampa nak tanya pakej Umrah, memang bye bye.

Sebab Travel Agency pon kena booking tiket sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum dan submit nama 45 hari sebelum penerbangan.

Itu baru tiket. Hotel di Mekah dan Madinah kami kena booking lebih awal dan bayar pon awal supaya tiada pertindihan tempahan dan booking yang di tolak oleh pihak hotel.

Ingat, booking slot Umrah tidak sama seperti booking Bas Ekspress. Kalau nak pi umrah Cuti Sekolah bulan Januari 2026, kena booking mula sekarang.

Nah Pakej RM6990.
Safwah LITE x Breakfast Only
Ajyad Hotel x Fullboard + Taif.

Zahiruddin Zainon



Van sewa VIP dengan harga ekonomi.Nak pi kenduri, konvo, rombongan, ziarah, dan lain-lain. 1) Toyota Hiace 11 seater-Sew...
20/05/2025

Van sewa VIP dengan harga ekonomi.
Nak pi kenduri, konvo, rombongan, ziarah, dan lain-lain.

1) Toyota Hiace 11 seater
-Sewa bersama pemandu / pandu sendiri.

2) Van Placer X 15 seater
-Sewa bersama pemandu sahaja.

FB Zahiruddin Zainon
Area Perlis/Kedah/penang.
Whatsap
Taiba Transports / Taiba Travel Tours :

https://wa.me/601155846223
https://wa.me/601155846223
https://wa.me/601155846223

ที่อยู่

Hat Yai

เว็บไซต์

แจ้งเตือน

รับทราบข่าวสารและโปรโมชั่นของ Kaki viralผ่านทางอีเมล์ของคุณ เราจะเก็บข้อมูลของคุณเป็นความลับ คุณสามารถกดยกเลิกการติดตามได้ตลอดเวลา

ติดต่อ ธุรกิจของเรา

ส่งข้อความของคุณถึง Kaki viral:

แชร์