Anak Sabah

Anak Sabah Suara, cerita dan ilmu — dari perspektif Anak Sabah.

Portal Anak Sabah ialah platform digital yang menghimpunkan berita dan informasi dari Sabah, Borneo, Malaysia serta dunia, dengan pendekatan “Perspektif Anak Sabah” — cara pandang yang berteraskan realiti, nilai dan suara rakyat Sabah dalam memahami isu semasa, mencorak wacana, dan meraikan identiti negeri di bawah bayu.

Masyarakat di Pandeglang, wilayah selatan Banten, dikejutkan dengan satu fenomena alam yang jarang berlaku apabila langi...
22/12/2025

Masyarakat di Pandeglang, wilayah selatan Banten, dikejutkan dengan satu fenomena alam yang jarang berlaku apabila langit kelihatan berwarna merah pada petang Khamis, 18 Disember.

Perubahan warna langit tersebut mencetuskan pelbagai reaksi penduduk setempat, termasuk kebimbangan dan rasa hairan, sebelum fenomena itu tular di media sosial dan menarik perhatian ramai.

UMNO memberi isyarat untuk memperhalusi semula bentuk kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan susulan kenyataan Setiausaha Pu...
22/12/2025

UMNO memberi isyarat untuk memperhalusi semula bentuk kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan susulan kenyataan Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Yeo Bee Yin, berkaitan bekas Perdana Menteri, Najib Tun Razak.

Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki, berkata langkah tersebut wajar dipertimbangkan memandangkan masih wujud pihak dalam gabungan kerajaan yang dilihat tidak menghargai sumbangan serta perjuangan UMNO sepanjang sejarah pembentukan negara.

Beliau menyifatkan kenyataan Yeo Bee Yin sebagai tidak beradab, melampau dan tidak mencerminkan semangat kebersamaan yang sepatutnya menjadi asas kepada Kerajaan Perpaduan, sekali gus berpotensi menjejaskan kepercayaan antara rakan gabungan.

Papazola The Movie Cipta Sambutan Luar Biasa di PawagamFilem animasi tempatan ini mencatat kutipan RM25.6 juta dalam tem...
22/12/2025

Papazola The Movie Cipta Sambutan Luar Biasa di Pawagam

Filem animasi tempatan ini mencatat kutipan RM25.6 juta dalam tempoh 11 hari tayangan, hasil sokongan lebih sejuta penonton.

Papazola The Movie terus membuktikan bahawa karya animasi tempatan mampu menarik perhatian pelbagai lapisan penonton.

22/12/2025

Ndapa duit boleh di cari 😨Mcamana nda cepat abis duit!

700 Bilion Dolar: Elon Musk Semakin Hampiri Status TrillionaireAngka 700 bilion dolar kini sering dikaitkan dengan Elon ...
22/12/2025

700 Bilion Dolar: Elon Musk Semakin Hampiri Status Trillionaire

Angka 700 bilion dolar kini sering dikaitkan dengan Elon Musk, figura teknologi global yang terus mencatat rekod baharu dalam senarai individu terkaya dunia.

Peningkatan nilai kekayaan ini didorong oleh lonjakan nilai aset, pegangan syarikat teknologi dan keyakinan pasaran terhadap inovasi jangka panjang.

Ia bukan sekadar kisah kekayaan peribadi, tetapi gambaran bagaimana teknologi, pasaran modal dan pengaruh global boleh membentuk sejarah ekonomi moden.

Perkembangan ini turut mencetuskan perbincangan luas tentang jurang kekayaan, kuasa ekonomi individu, serta arah masa depan sistem kewangan dunia.

22/12/2025

Jgn hairan klu yg kerja bgus kurang dpt prhatian tp yg slow2 cikit tu mcm ok ja 😅

Seorang murid tadika di Battambang, Kemboja, melangkah ke sekolah tanpa kasut, namun menggalas sebuah beg biru yang sara...
22/12/2025

Seorang murid tadika di Battambang, Kemboja, melangkah ke sekolah tanpa kasut, namun menggalas sebuah beg biru yang sarat dengan makna.

Beg anyaman daripada tali rafia itu dihasilkan sendiri oleh ayahnya — seorang petani yang hidup serba sederhana, tetapi kaya dengan kasih sayang.

Walaupun tidak mampu membeli beg sekolah seperti orang lain, si ayah tetap berusaha memastikan anaknya dapat belajar dengan selesa.

Dengan tangan sendiri, dia menganyam beg galas yang kukuh demi menyimpan buku-buku anak tercinta.

Kisah ini mengingatkan kita bahawa nilai sebenar kasih sayang seorang bapa bukan terletak pada kemewahan, tetapi pada kesungguhan untuk memberikan yang terbaik, walau dalam keterbatasan.

Share kpd anak2 utk selesaikan...
22/12/2025

Share kpd anak2 utk selesaikan...

ENGLISH ACTIVITY: “HOW MANY?” 🐬🐢🦑🐳

Mari bantu anak-anak belajar English vocabulary sambil mengira haiwan laut dalam gambar ini.

Sebutkan jumlah setiap haiwan dalam bahasa Inggeris:

Octopus

Little Fish

Seahorse

Turtle

Whale

Dolphin

Tulis jawapan di ruangan komen.

Aktiviti ini membantu anak-anak mengenal perkataan asas English dan mengasah kemahiran kiraan dalam masa yang sama. Selamat mencuba!

KLCC, Kuala Lumpur. Ikon moden yang mencerminkan semangat dan kemajuan Malaysia.
22/12/2025

KLCC, Kuala Lumpur. Ikon moden yang mencerminkan semangat dan kemajuan Malaysia.

Kenderaan ini yang memaparkan tulisan “  – Thank You Malaysia” pada cermin belakangnya mencerminkan tanda penghargaan da...
21/12/2025

Kenderaan ini yang memaparkan tulisan “ – Thank You Malaysia” pada cermin belakangnya mencerminkan tanda penghargaan dan solidariti di bandar Lhokseumawe, Aceh, Indonesia, hari ini, ketika bantuan kemanusiaan terus disalurkan kepada mangsa banjir oleh pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari luar negara.

😨
21/12/2025

😨

Kerajaan Indonesia mengumumkan cadangan pemberian elaun sara hidup harian kepada mangsa banjir di Pulau Sumatera, dengan...
21/12/2025

Kerajaan Indonesia mengumumkan cadangan pemberian elaun sara hidup harian kepada mangsa banjir di Pulau Sumatera, dengan kadar 10,000 rupiah (RM2.40) sehari bagi setiap ahli keluarga.

Menteri Sosial, Saifullah Yusuf, berkata bantuan tersebut akan diberikan sehingga tiga bulan sebaik sahaja perumahan sementara atau tetap disediakan kepada penduduk terjejas.

Banjir dahsyat itu mengakibatkan lebih 577,600 penduduk kehilangan tempat tinggal, 147,000 kediaman musnah, dengan angka korban hampir 1,070 orang, manakala 190 masih dilaporkan hilang di wilayah Aceh, Sumatera Barat dan Sumatera Utara.

Selain elaun harian RM2.40, kerajaan turut merancang bantuan sekali beri berjumlah 3 juta rupiah (sekitar RM730) bagi membantu isi rumah membeli perabot dan keperluan asas yang musnah.

Indonesia menegaskan keupayaan menguruskan krisis pasca bencana secara dalaman tanpa melibatkan bantuan antarabangsa.

Address


88000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Anak Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share

FB Page Anak Sabah

Page Anak Sabah ini dibangunkan sebagai medium informasi Sabah yang bertujuan untuk memperkenalkan Sabah mengikut cara kami melalui video dengan berusaha menghindari hal-hal yang dapat menguis rasa yang merosakkan perpaduan secara umum.

Ikuti kami di

Blog - https://anaksabahofficial.blogspot.com/. Sila ke menu Tentang Kami untuk mengetahui selanjutnya tentang kami atau klik sini https://anaksabahofficial.blogspot.com/p/tentang-kami.html.

Instagram - https://www.instagram.com/anaksabahofficial/