01/31/2026
Alhamdulillah.
Dikesempatan ini saya nak ucapkan terima kasih sangat-sangat kepada semua yang terlibat dalam penghasilan video pendek "First Look Astro Shaw Cinematic Universe".
Terima kasih kepada para pelakon yang telah memberi komitmen yang terbaik termasuk abang Zizan, abang Sam dan Amir Ahnaf. Walaupun video pendek ini hanya berdurasi 3 minit sahaja, tetapi kita dapat lihat lakonan yang diberikan oleh mereka bertiga dalam video ini sangat-sangat meninggalkan kesan.
Tidak lupa juga saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua para pelakon extra yang sudi join shooting kali ini, komitmen yang kalian berikan kepada video ini, kami sangat-sangat hargai. Dari yang berjalan di kaki lima, menjadi penumpang bas, yang menjerit kerana diragut, sehinggalah yang menjatuhkan diri sewaktu berlari untuk menjadikan scene letupan lebih realistik, kamu semua memang terbaik! Teirma kasih!
Dan tidak lupa juga kepada team Defenderz, yang telah menjadikan scene fighting lebih drastik dan meyakinkan, tanpa mereka, rasanya kami sendiri buntu untuk jadikan scene fighting seperti sekarang. Terima kasih!
Juga saya ingin berterima kasih kepada semua team produksi yang telah curahkan tenaga sepanjang shooting berjalan, dari pas**an produksi dan penggambaran sehinggalah ke pas**an pasca-produksi. Sehingga kita berjumpa lagi untuk projek yang akan datang!
Akhir sekali, terima kasih kepada Astro Shaw kerana sudi memberi peluang kepada kami sebagai konten kreator untuk memegang tanggungjawab dan menghasilkan first look untuk Astro Shaw cinematic universe, terima kasih! InsyaAllah peluang yang kami dapat ini takkan kami sia-siakan! Sehingga kita berjumpa lagi di projek yang akan datang, amin.