21/07/2022
Bilal melaungkan al-tathwib (التثويب), seperti al-Solatu Khairun Minan Naum selepas hayyaalatain (حيعلتين) sebelum masuk Subuh, adalah perbuatan sunnah. Banyak negeri di Malaysia menggalakkan masjid untuk berbuat demikian sebelum masuk waktu Subuh, termasuklah di Pahang. Pun demikian, ada beberapa sahabat khadimul masjid, yang bertanya soalan, adakah al-tathwib itu dilaungkan semasa azan waktu sebenar, atau pada azan peringatan sebelum masuk waktu.
Allahua'lam, perkara ini adalah khilaf dalam kalangan ulamak. Sekiranya pihak berkuasa, seperti Jabatan M***i Negeri ada memberikan penjelasan, maka patuhilah sahaja panduan yang diberikan. Ada yang memberikan pandangan berdasarkan keperluan untuk membezakan azan peringatan atau azan masuk waktu sebenar.
Dalam Mazhab Shafi'i sendiri pun, didapati berlaku khilaf dalam kalangan ashabul mazhab. Qaul muktamad yang dicatatkan, menyatakan ia sunat dilaungkan pada kedua-dua azan, berdasarkan kepada kefahaman mutlaq hadith-hadith berkaitan al-tathwib pada waktu Subuh. Antara sebab khilaf pandangan ini, ialah kefahaman mereka terhadap maksud 'azan pertama' dan 'azan kedua'.
Sementara mereka yang mengikut manhaj ahlul hadith p**a akan berpandangan hanya dilaungkan semasa azan waktu Subuh sebenar sahaja. Ini berdasarkan pendekatan memahami hadith berkaitan secara lebih khusus, dalam konteks yang lebih khusus.
Apa-apa pun, perkara ini adalah khilaf sahaja. Patuhilah nasihat pihak berkuasa agama di negeri masing-masing.