15/10/2025
RESEPI CREAM PUFF & TIPS KEKAL TEMBAM 🤣
Bahan nya
1/2 cawan mentega
1 cawan air
1 cawan tepung
4 biji telur
Cara nya
1. Panaskan air dan masukkan mentega, kacau sehingga mentega cair.
2. Biarkan sehingga adunan mendidih, tapi jangan biarkan terlalu lama mendidih.
3. Masukkan tepung dan kacau dengan cepat sehingga tepung tidak melekat di kuali.
4. Adunan tepung hendaklah kelihatan kental dan tidak terlalu cair.
5. Biarkan adunan tepung betul-betul sejuk baru masukkan telur.
6. Masukkan telur satu persatu dan kacau sebati dan buatlah sehingga habis telur.
7. Boleh jugak menggunakan mixer dengan kelajuan yang maksimum.
8, Adunan yang dihasilkan perlu lah licin dan berkilat.
9. Masukkan adunan dalam piping beg dan paipkan ikut kreativiti sendiri.
10. Sebelum membakar renjiskan sedikit air di atas choux pastry.
Tujuan nya utk menghasilkan wap air yang dapat membentuk rongga dalam choux pastry
11. Bakar lah choux pastry pada suhu 220'C pada 15 minit pertama, dan turunkan ke suhu 190'C dan bakar lagi selama 15 minit.
Jangan sekali keluarkan choux pastry sebelum ia nya cukup keras dan masak. Kerana ini akan menjatuhkan choux pastry, dan supaya puff kita tetap tembam 🤣jugak jangan sekali membuka oven ketika proses pembakaran ini.
RESEPI CREAM CUSTARD TANPA TELUR
Bahan nya
2 camca besar tepung kastard
2 camca besar gula kastor
1 1/3 cawan susu segar
30 gram mentega (kurang lebih 2 camca teh)
2 camca teh esen vanilla
Cara nya
Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla.
Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat.
Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.
Cara menyediakan Cream Puff
1. Gunting atau potong sedikit jangan putus puff tu.
2. Paipkan inti kastard yang dah sejuk kedalam rongga puff
3.Tabur gula icing diatasnya.