Kaki Jalan Malaysia

Kaki Jalan Malaysia TikTok & IG : Kaki Jalan Malaysia Nikmat Malaysia
(14376)

Takutnya ... Semoga Anak² Kita Semua Di Lindungi Dari Orang² Seperti Ini ... 😱
25/05/2025

Takutnya ... Semoga Anak² Kita Semua Di Lindungi Dari Orang² Seperti Ini ... 😱

RESEPI CLASSIC TIRAMISU VERSI BOX (8 BOX)BAHAN A (Cream Layer):Kuning telur – 8 bijiGula kastor – 200gMascarpone Tatua –...
24/05/2025

RESEPI CLASSIC TIRAMISU VERSI BOX (8 BOX)

BAHAN A (Cream Layer):

Kuning telur – 8 biji
Gula kastor – 200g
Mascarpone Tatua – 500g
Whipping cream Anchor – 430g (soft peak)
Vanilla – 2 tsp

BAHAN B (Celupan Biskut):
Espresso/kopi pekat – 400g (sejukkan)
Gula – 1 sudu besar (pilihan, ikut rasa)

BAHAN C (Lapisan):
Ladyfinger Bonomi – 2 pek (guna 6 keping per box – 3 bawah, 3 atas)
Serbuk koko – untuk tabur atas

CARA PENYEDIAAN:
1. Cream Base (sabayon style – pilihan lebih selamat):
Pukul kuning telur + gula kastor atas double boiler hingga pekat & kembang.
Sejukkan sekejap.
2. Campur mascarpone:
Masukkan mascarpone ke dalam telur tadi, kaup balik hingga sebati.
3. Whipped cream:
Pukul whipping cream hingga soft peak, kemudian satukan ke dalam adunan mascarpone tadi. Kaup balik perlahan hingga sebati & ringan.
4. Penyusunan dalam box:
Celup 3 keping ladyfinger dalam kopi, susun lapisan bawah.
Letak lebih kurang 60g cream. Ratakan.
Ulang langkah untuk lapisan kedua (3 ladyfinger + cream).
Akhir sekali, ayakkan serbuk koko.
5. Simpan dalam peti sejuk minima 6 jam (atau semalaman) sebelum dijual/dimakan.

Anggaran dapat: 8 box (guna 6 ladyfinger setiap box)
Kos seunit:RM9.32
Harga jual cadangan:

2x markup = RM19(tanpa cream special)

KEK GULA HANGUS KUKUS‍‍‍‍‍‍Bahan-bahan:• 1 cawan gula pasir• 1 cawan air panas• 1 cawan tepung gandum• 3 sudu makan marj...
24/05/2025

KEK GULA HANGUS KUKUS
‍‍‍‍‍‍
Bahan-bahan:

• 1 cawan gula pasir
• 1 cawan air panas
• 1 cawan tepung gandum
• 3 sudu makan marjerin
• 4 biji telur ayam gred B
• ¾ cawan susu pekat (½ cawan untuk kurang manis)
• 2 sudu kfc soda bikarbonat
• 1 sudu kfc baking powder
• 1 penutup botol esen vanila

‍Cara-cara:

1. Panaskan gula (api sederhana) sehingga hangus.
2. Bila nampak keperangan, kecilkan api, tuang air panas tadi sikit demi sikit sampai habis (hati-hati ye, masa ni adunan sedikit meletup-letup).
3. Api perlahan sahaja sampai gula hangus dan air sebati.
4. Masukkan marjerin, kacau tutup api. Biarkan adunan seketika.
5. Masukkan 4 biji telur ke dalam mangkuk. Kacau-kacau manja bagi kuning telur pecah je, kacau lagi dengan susu pekat dan esen vanila.
6. Tepung, soda bikarbonat, baking powder (diayak).
7. Kacau sebati.
8. Alas loyang dengan kertas minyak dan griskan sekeliling loyang dengan marjerin.
9. Panaskan periuk kukus sehingga mendidih sebelum masukkan adunan.
10. Kukus 1 jam atau sehingga masak.

Resepi tomyam thai anti gagal .. follow je step ni👍👍👍
24/05/2025

Resepi tomyam thai anti gagal .. follow je step ni👍👍👍

BUAT PUDING 3 BAHAN JE  SIMPLE & MUDAH1. Serbuk agar2 2. Gula 3. Susu Dutch Lady Coklatcaranya digambar 👇
24/05/2025

BUAT PUDING 3 BAHAN JE SIMPLE & MUDAH

1. Serbuk agar2

2. Gula

3. Susu Dutch Lady Coklat

caranya digambar 👇

Sedap pulak tengok burger Mawar Rashid makan tu 😋
24/05/2025

Sedap pulak tengok burger Mawar Rashid makan tu 😋

Resepi Kek Cheese tumpah buah fresh layer strawberyBahan2 kek vanila5 biji telur1 cawan gula halus1 sb ovalate1sb esen c...
21/05/2025

Resepi Kek Cheese
tumpah buah fresh layer strawbery

Bahan2 kek vanila
5 biji telur
1 cawan gula halus
1 sb ovalate
1sb esen creamy vanila
2 cawan tepung gandum +1 sk baking powder ayak 2 kali
mix sampai gebu
masuk kan 1/4 cawan susu segar mix sebati
matikan mixer masuk kan 1/2 cawan minyak gaul rata
masuk dalam bekas sq 450 wrap bekas dan kukus 15 mnt
masak kek belah dua ya

bahan2 topping
buah segar di potong nipis
supaya mudah disusun di belah dalam bekas
buah di potong juga untuk dressing atas

bahan topping cheese dia

500g cream cheese
3/4 cawan susu pekat@180g
1 cawan+1/4 cawan lg@210g whipping dairy
1 cawan susu full cream
blender semua

cara topping
lekat kan buah di dinding bekas tepi2 sebelum letak kek yg dah di belah td 1 bahagian.Sapu dgn jem strawbery layer pertama tersebut
tuang cheese letak kek lg 1 bahagian
letak buah pilihan parut cheeddar di atas nya.Siap untuk di makan atau di jual.

Kek Kukus Chocolate Moist. Memang sangat² moist.. lembut basah2 🤤🤤🤤3 biji telor1 cawan serbuk koko1 cawan minyak1 cawan ...
21/05/2025

Kek Kukus Chocolate Moist.

Memang sangat² moist..
lembut basah2 🤤🤤🤤

3 biji telor
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak
1 cawan susu pekat (Saya kurangkan)
1 cawan susu cair
1 cawan gula
Semua di atas ni blender. Blend tak payah beria.. Agak² dah sebati je.

1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu besar rata baking powder
1 sudu besar rata soda bicarbonat
Semua di atas di ayak.

Dah settle semua, campurkan je kacau rata. Loyang sapu minyak/majerin. Kukus 45 minit atau sampai masak cantik...

Kuih Bakar Pandan===============▪2 cwn tepung gandum▪3/4 cwn gula pasir(resepi asal 1 cwn)▪1/2 sudu kecil garam▪21/4 cwn...
21/05/2025

Kuih Bakar Pandan
===============
▪2 cwn tepung gandum
▪3/4 cwn gula pasir(resepi asal 1 cwn)
▪1/2 sudu kecil garam
▪21/4 cwn santan
▪1 cwn jus pandan
▪3 biji telur
▪2 sudu bsr marjerin
▪Sedikit pewarna hijau
▪1 sudu kecil esen vanila
▪Bijan secukupnya
Cara cara
========
-Bancuh semua bhn di atas kecuali bijan.kemudian blender hingga halus.
-Sapu acuan dgn sedikit minyak.panaskan sekejap acuan.kmudian tuang adunan dan tabur bijan.
-Bakar suhu 180°C selama 30 min (bergantung pd oven masing2)

KERABU PUCUK PAKUUntuk mencelur pucuk paku masukkan minyak sikit & garam dalam air mendidih dan celur pucuk paku sekejap...
21/05/2025

KERABU PUCUK PAKU

Untuk mencelur pucuk paku masukkan minyak sikit & garam dalam air mendidih dan celur pucuk paku sekejap je. Kemudian terus sejat dan di alirkan ke air paip bagi mengekalkan kehijauan pucuk paku. Hiriskan bawang merah, bunga kantan, cili. Gaul semuanya bersama kerang, kerisik, air asam limau, garam dan sedikit gula merah.

KUEY TEOW SUP ALA2 KOPITIAM 😉Bahan-bahannya :-—————————-2 Labu Bawang Putih (dicincang)1 Cawan Minyak Masak3 ketul Dada ...
21/05/2025

KUEY TEOW SUP ALA2 KOPITIAM 😉

Bahan-bahannya :-
—————————-

2 Labu Bawang Putih (dicincang)
1 Cawan Minyak Masak

3 ketul Dada Ayam
2 Kuib Pati Ayam
Kek Ikan
Bebola Ikan
Minyak Bijan
Air utk merebus
Garam

Kuey Teow (di cuci sekejap dgn air panas)
Sawi Pak Choy (di rebus)
Cili Padi (di potong)
Kicap Manis/Masin

Cara-caranya :-
————————-

1. Panaskan Minyak & goreng bawang putih hingga keperangan. Ketepikan.

2. Kuey Teow di cuci & di bilas dgn air panas utk membuang minyak yg melekat pd Mee.

2. Masukkan Air & Ayam ke dlm periuk. Renehkan sehingga Ayam masak. Angkat Ayam sahaja & ketepikan. Masukkan Kek Ikan, Bebola Ikan & Kiub Pati Ayam ke dlm periuk td. Titiskan Minyak Bijan. Perasa kan dgn Garam & biarkan sehingga mendidih. Siap!

3. Sementara itu Ayam yg di rebus tadi di carik carik.

4. Cili potong + Kicap sebagai penambah rasa & selera.

5. Minyak bawang putih.

SIAP ✔️

Selamat Mencuba 😋

RESEPI KEK COKLAT KARAMELBahan-bahan :2 sudu besar gula dicairkn dlm loyang atas api yg perlahan...ratakn dipermukaan lo...
21/05/2025

RESEPI KEK COKLAT KARAMEL

Bahan-bahan :
2 sudu besar gula dicairkn dlm loyang atas api yg perlahan...ratakn dipermukaan loyang...sejukkan..
Karamel
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
3 biji kuning telur
Sedikit esen vanila...
*putar sampai sebati...lps tu tuang dlm loyang td...kukus dlm 20-25 minit....sejukkan

*lapisan kek coklat
1 cwn susu pekat
1 cwn susu cair
1 cwn minyak masak
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko..
*masukkn dlm periuk....kacau hingga sebati di atas api yg perlahan...3-4 minit..

4 biji telur di bland...
1 cwn tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
*bahan2 ni kena ayak

Masukkan bahan yg diayak kedalam adunan coklat...selang seli dgn telur...kacau hingga sebati...tuang atas karamel (guna senduk)....kukus 45minit-60 minit...

Nk tau da msk cucuk ngb lidi...klu x melekat da msk...

Address

Kuala Lumpur

Telephone

+60172664660

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kaki Jalan Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share