20/10/2022
Sejak kemerdekaan, kerajaan Malaysia telah menggagaskan 5 dasar perumahan bagi memenuhi keperluan semasa.
Secara amnya, dasar-dasar ini bertumpu kepada pemilikan rumah, dan penyediaan stok-stok rumah yang bersesuaian mengikut peredaran zaman. Pada masa yang sama juga, dasar-dasar ini telah memangkinkan perkembangan sektor pembinaan perumahan swasta sehingga ke hari ini, di mana terdapat lambakan hartanah di pasaran.
Pada masa yang sama, kadar kemampuan pemilikan rumah bertambah teruk. Mengikut kaedah median multiple (iaitu bandingan harga rumah menengah (median) dengan gaji tahunan), kadarnya pada 2020 ialah 4.72, iaitu paras yang dianggap sangat tidak mampu milik.
Kita akan membincangkan isu ini bersama Fikri Fisal. Fikri ialah penyelidik ‘barangan awam’ di The Centre. Dia berhasrat untuk mendalami dan memperbaik pasaran rumah sewa di Malaysia.
Dengar bahagian pertama di
Waroeng Baru kembali untuk musim ketiga dalam kehangatan Pilihanraya ke15 yang bakal berlangsung dalam masa sebulan. Buat musim ini, kita akan fokus kepada isu-isu utama untuk membantu anda memahami tawaran-tawaran manifesto dengan lebih baik. Kita mulakan dengan isu perumahan, sejauh manakah dasar....