09/12/2025
"Kekejaman Jepun Paling Gila: Kisah Unit 731 Bedah Manusia Tanpa Bius!"
Kalau korang rasa hantu tu seram, maksudnya korang belum kenal lagi sisi gelap hati manusia bernama Shiro Ishii.
Dia ni doktor dan ketua kepada satu unit rahsia tentera Jepun yang dipanggil Unit 731. Markas diorang dekat Harbin, China. Dari luar tempat tu nampak macam loji penapis air atau kilang papan biasa tapi kat dalam tu ia adalah makmal neraka.
Artikel saya sebelum ni ada yang komen gini: "Jepun punya war crime memang Gile, manusia pun buat jadi experiment, mmg patut hampir seluruh Asia benci jepun"
Komen pembaca tadi betul sebab Jepun memang jadikan manusia sebagai tikus makmal.
Diorang panggil mangsa ni sebagai Maruta. Dalam bahasa Jepun maksudnya Batang Kayu. Bagi doktor Jepun ni orang China, Korea dan tawanan perang Rusia ni bukan manusia. Diorang cuma kayu api untuk dibakar demi sains.
Eksperimen paling kejam yang diorang buat dipanggil Vivisection atau pembedahan hidup-hidup.
Mangsa akan diikat kat meja bedah. Doktor Jepun akan belah perut, buka dada dan keluarkan organ dalaman mangsa satu per satu.
Paling gila ialah diorang buat semua ni tanpa bius.
Kenapa tak bagi bius? Sebab Shiro Ishii percaya ubat bius akan ganggu data eksperimen.
Diorang nak tengok reaksi organ badan manusia dalam keadaan sedar dan menahan sakit yang amat sangat. Bayangkan mangsa tu nampak perut sendiri terburai sebelum dia mati.
Tak cukup dengan tu diorang buat eksperimen Frostbite atau kecederaan beku.
Harbin ni tempat sejuk beku. Askar Jepun akan bawa mangsa keluar tengah salji dan suruh mangsa rendam tangan atau kaki dalam air ais. Kemudian dibiarkan kena angin sejuk sampai tangan tu beku jadi keras macam batu.
Diorang akan ketuk tangan tu dengan tongkat. Kalau bunyi macam kayu berlaga, maknanya dah beku sepenuhnya.
Lepas tu diorang akan heret mangsa masuk makmal dan siram air panas secara mengejut. Diorang nak tengok macam mana daging manusia hancur dan tertanggal dari tulang bila perubahan suhu berlaku drastik.
Ada juga eksperimen kuman.
Diorang ternak kutu yang dah dijangkiti wabak Bubonic Plague atau Maut Hitam. Diorang sumbat kutu ni dalam bom seramik lepas tu diorang gugurkan bom ni kat kampung orang awam di China.
Diorang duduk tengok dari jauh sambil catat berapa cepat orang kampung mati bergelimpangan keluar darah ikut hidung dan mulut.
Mangsa wanita lagi kesian. Ada yang dirogol semata-mata nak bagi mengandung. Bila dah mengandung diorang akan dijangkiti dengan penyakit Sifilis sebab doktor nak tengok adakah penyakit tu berjangkit pada bayi dalam perut. Akhirnya mak dan bayi dua-dua dibedah hidup-hidup.
Tapi benda paling sakit hati bukan pasal kekejaman tu.
Benda paling sakit hati ialah pengakhiran cerita ni.
Bila Jepun kalah perang tahun 1945, Shiro Ishii dan konco-konconya tak dihukum gantung pun. Diorang tak kena dakwa kat Mahkamah Jenayah Perang macam pemimpin N*zi.
Kenapa jadi macam tu?
Sebab Amerika Syarikat buat perjanjian rahsia. Amerika kata bagi kami semua data eksperimen kuman korang dan kami akan bagi imuniti serta kebebasan.
Ya betul doktor gila ni bebas. Malah ada yang balik ke Jepun jadi orang terhormat, jadi ketua hospital dan jadi pensyarah universiti sampai mati tua.
Diorang hidup selesa atas darah dan nyawa beribu Maruta yang mati dalam seksaan.
Sebab itulah sampai hari ni negara macam China dan Korea susah sangat nak maafkan Jepun. Luka diorang dalam sebab maruah kemanusiaan diorang dah dicarik sampai tak ada nilai.
MasyaAllah, sesungguhnya kezaliman manusia bila dah hilang iman jauh lebih menakutkan daripada binatang buas. Binatang membunuh sebab lapar tapi manusia membunuh atas nama sains dan ego semata-mata.
Moga Allah pelihara kita dan keturunan kita daripada menjadi mangsa kerakusan manusia yang bertopengkan syaitan dan moga keadilan yang tak dapat di dunia ini akan dibayar tunai di akhirat kelak.
Kredit: Mazlan Syafie
___
Korang dah ada ke buku saya ni?
Buku Keajaiban-Keajaiban Dunia membawa pembaca mengembara ke tujuh bahagian menakjubkan yang menggabungkan sains, sejarah dan keindahan alam. Dari keajaiban bumi purba hingga teknologi moden, setiap bab ditulis dengan gaya santai yang mudah difahami tetapi sarat ilmu. Buku ini mengajak kita menilai semula ciptaan Allah yang luar biasa, dari lautan terdalam hingga langit yang tidak bertepi, sambil membuka rasa kagum terhadap kebijaksanaan manusia yang diilhamkan oleh-Nya.
Dapatkan buku ini di Shopee: https://s.shopee.com.my/2g24zyvuWB