18/06/2025
NGO Desak Polis Siasat Dakwaan Yusoff Rawther ‘Ejen Mossad’
KUALA LUMPUR – NGO Pertubuhan Pembela Negara (PPN) hari ini mendesak Polis Diraja Malaysia menjalankan siasatan terhadap dakwaan mengejutkan yang mengaitkan aktivis Muhammad Yusoff Rawther sebagai ejen kepada agensi perisikan Israel, Mossad.
Presidennya, Azman Harun berkata, meskipun dakwaan tersebut tular tanpa bukti kukuh, ia melibatkan isu keselamatan nasional dan tidak boleh dipandang ringan.
“Kalau dakwaan ini tidak benar, biar siasatan menafikannya. Kalau benar, ini bahaya besar kepada negara,” katanya dalam sidang media di ibu negara.
PPN turut menyerahkan memorandum kepada Bukit Aman hari ini bagi mendesak siasatan terbuka dijalankan segera.
Ketua Polis Negara memaklumkan tiada laporan rasmi diterima setakat ini, namun pihaknya akan menyemak dokumen berkaitan.
📌 Setakat ini, Yusoff Rawther belum mengeluarkan sebarang kenyataan balas.