
25/09/2025
"Jangan kerana terlalu serius, hilang seri dalam hidup."
Tok Guru Nik Abdul Aziz pernah menyentuh satu perkara yang jarang disebut, tapi sangat penting dalam kehidupan:
"Hidup ni kena serikan juga dengan gurau senda. Kadang-kadang silap faham kita bila tok lebai bergurau dengan isterinya, kita kata bukan bukan kononnya tak layak bagi tok lebai bergurau senda hatta dengan isterinya. Ni silap besar menyebabkan hidup ini ni tidak rasa seri.."
Islam itu bukan agama yang kaku.
Ia agama yang lengkap — tegas bila perlu, lembut bila sesuai.
Bahkan Nabi Muhammad SAW sendiri bergurau dengan isteri, berlumba lari, bermesra dengan penuh kasih.
Kalau Nabi pun bergurau, apatah lagi kita.
Jangan sampai imej agama menjadikan kita terlalu beku sampai hilang cinta dan senyum dalam rumah tangga.
Gurau itu sunnah.
Mesra itu ibadah.
Dan kasih sayang itu pelengkap iman.
Khazanah Tok Guru Nik Aziz