10/08/2025
Kisah ini digarap dari Kisah Pembuli yg Menginsafi Perbuatan.
Kisah ini admin pernah baca dari perkongsian pembuli sendiri.
Sewaktu Aida (bukan nama sebenar) di sekolah menengah, dia seorang yg cantik, ceria, pintar dan dari anak orang berada. Aida juga dikurniakan kemahiran berpidato, menyanyi dan menari. Kiranya hidupnya seakan tiada masalah.
Dalam hal berkawan, Aida sangat memilih. Dia juga s**a pada rakan-rakan yg setaraf, dari segi rupa, pintar dan orang berada selain akan mengikuti apa sahaja kehendaknya.
Kumpulan mereka sentiasa menjadi perhatian apabila mereka inilah yg ramai naik pentas kerana cemerlang, aktif, support kewangan kelas, dan jelas nampak memudahkan para guru juga. Makanya mereka nampak 'perfect'. Mereka juga kebanyakkannya pengawas dan memegang jawatn tinggi di sekolah.
Namun mereka gemar memperlekehkan rakan sekelas yg miskin, kurang cantik atau kurang bijak.
Pelbagai kata kata kesat, hinaan hingga ada pelajar yg memohon untuk tukar kelas kerana tidak tahan dengan hinaan yg mereka hadapi. Walaupun sekolah perempuan, namun mereka sangat berani menipu dan memutarbelitkan cerita seolah2 pelajar2 yg berpindah itu lemah, tidak boleh menyesuaikan diri dan pelbagai lagi.
Segalanya sempurna bg Aida sehingga la dia ditawarkan melanjutkan pelajaran ke luar negara dengan biasiswa dan menjadi kebanggan negara. Aida juga melaksanakan degree dan master diluar negara dengan cemerlang dan mendirikan rumahtangga.
Namun segalanya tiba-tiba diluar fikirannya selepas Aida melahirkan 3 orang cahayamata, dan ada persamaan pada ketiga-tiga orang cahayamatanya....
.......