04/07/2025
Alhamdulillah video bertajuk BARANG dipertandingkan di Lipur Layar filem pendek dinobatkan sebagai juara! Syukur alhamdulillah ❤️ Tahniah juara kepada pesaing yang turut sama melibatkan diri dalam pertandingan ini.
fans
BARANG Short Film 👇
https://www.facebook.com/share/v/16ffgHMqFa/
Follow & Like FB page kami ❤️
UCAPAN TERIMA KASIH & MAKLUMAN KEPUTUSAN PERTANDINGAN FILEM PENDEK LIPUR LAYAR
Terlebih dahulu, pihak penganjur ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang telah menyertai Pertandingan Filem Pendek Lipur Layar. Kehadiran dan sokongan Tuan/Puan amat kami hargai.
Sebagai makluman, ini merupakan kali pertama pertandingan seumpama ini dianjurkan oleh pihak kami. Sekiranya terdapat sebarang kekurangan sepanjang penganjuran, kami ingin memohon maaf dengan penuh rendah hati.
Proses penjurian telah mengambil sedikit masa kerana setiap penyertaan yang diterima sangat berkualiti dan memberi persaingan yang amat sengit. Kami yakin setiap peserta telah memberikan yang terbaik. Namun begitu, adat dalam pertandingan, pasti ada yang menang dan yang belum berjaya. Tahniah kepada para pemenang – anda sememangnya yang terbaik. Kepada yang lain, percayalah, karya anda juga sangat bermakna dan dihargai.
In shaa Allah, pihak kami akan menganjurkan pertandingan seperti ini lagi di masa akan datang dengan lebih baik, menarik dan menyeluruh. Terima kasih atas segala sokongan anda.