beloya2u

beloya2u Pendidikan dalam bentuk video digital dan Perkongsian informasi menarik digital usahawan sarawak

beloya2u dibangunkan pada 2009 pada asalnya bertujuan untuk mempromosi Perniagaan MLM dan menyebarkan maklumat serta mempromosikan usahawan. Maklumat yang disebarkan adalah seperti aktiviti yang berlaku di sekitar Sarawak. Selepas itu, Kami telah menubuhkan satu program yang diberi nama 360 Degree Friends untuk memberi ruang kepada sesiapa sahaja untuk menambah kawan dan bertukar informasi semasa

serta meningkatkan rangkaian kenalan. Pada November 2010 beloya2u.com mengorak langkah lebih jauh dengan menubuhkan perniagaan berlesen iaitu Beloya Management And Services. Selanjutnya pada 2015 satu program diperkenalkan oleh beloya2u.com. Program tersebut adalah CBCpro atau dikenali sebagai Community BiZ Combo Program yang mempunyai ahli seramai 70 Orang. Program ini dibangunkan bertujuan untuk meningkatkan rangkaian dan kebolehpasaran usahawan. Program tersebut juga menyediakan rundingan usahawan secara percuma.

2017 beloya2u.com mengorak langkah lebih jauh lagi dengan bekerjasama sengan Sarawak Digital Entrepreneur Community Cooperative (SARADEC) untuk memperkasakan usahawan di bawah program CBCpro.

2019 Merupakan langkah drastik dilakukan beloya2u dengan membangun sosial media dan beberapa aktiviti digital lain dengan serius. beloya2u.com pada masa sekarang membangun program beloya2u TV yang juga merupakan Corporate Social Responsibility (CSR). Membantu usahawan untuk mempromosi produk/perkhidmatan secara percuma dan memberi pendidikan percuma melalui video-video yang dimuat naik..

05/09/2026

FAUZLINA MANAGEMENT & SERVICES

Pengurusan yang baik merupakan salah satu kunci kepada kelancaran sesebuah perniagaan.

Fauzlina Management & Services komited menyediakan perkhidmatan yang profesional, sistematik dan berkualiti bagi membantu memenuhi keperluan pelanggan.

Kepercayaan anda, komitmen kami.

02/09/2026

SUZIANA OSMAN COUTURE (TAILORING)

Setiap rekaan mempunyai keunikan tersendiri, dan setiap jahitan dibuat untuk menghasilkan penampilan yang lebih sempurna.

Suziana Osman Couture menyediakan perkhidmatan jahitan tempahan dengan menitikberatkan kekemasan, kesesuaian potongan dan sentuhan eksklusif mengikut citarasa pelanggan.

Jahitan yang teliti, rekaan yang istimewa, untuk anda yang istimewa.

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia ke-69!Kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh bangga.Raikan kemerdekaan, semarakkan perpa...
30/08/2026

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia ke-69!

Kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh bangga.
Raikan kemerdekaan, semarakkan perpaduan dan terus melangkah bersama demi Malaysia tercinta.

Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾

KURSUS PERANTIS USAHAWAN (KPU) SIRI 2Pada 26 dan 27 ogos 2026 telah berlangsung Kursus Perantis Usahawan (KPU) Siri 2 be...
28/08/2026

KURSUS PERANTIS USAHAWAN (KPU) SIRI 2

Pada 26 dan 27 ogos 2026 telah berlangsung Kursus Perantis Usahawan (KPU) Siri 2 bertempat di PLK Kemas Kampung Tanjung Parang, Samarahan anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yang memberi fokus kepada pengukuhan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam aspek pensijilan, pengurusan perniagaan, kewangan, pemasaran digital serta perancangan pengembangan perniagaan.

Sesi Pensijilan, Pematuhan dan Akses Pasaran yang disampaikan oleh Razis memberi pendedahan kepada peserta mengenai keperluan pensijilan dalam perniagaan serta peluang untuk memperluaskan akses pasaran.

Seterusnya, Coach Khall mengendalikan sesi Pengurusan Perniagaan dan Kewangan Lanjutan dengan penekanan terhadap pengukuhan pengurusan kewangan perniagaan dan peningkatan kecekapan dalam membuat keputusan.

Sesi Pelan Tindakan dan Pengembangan Perniagaan turut dikendalikan oleh Coach Khall, yang memberi fokus kepada penetapan tindakan pengembangan serta penyusunan hala tuju bagi mencapai pertumbuhan perniagaan yang lebih terancang.

Program diteruskan dengan sesi Refleksi Modul, Majlis Penutupan Siri 1 dan 2 serta Minum Petang bersama Coach Razis, Coach Khall dan bersama fasilitator iaitu cik Stephanie dan cik Jenifer.

Sesi ini menjadi ruang kepada peserta untuk menilai pencapaian pembelajaran serta mengenal pasti tindakan penambahbaikan bagi perkembangan perniagaan seterusnya.

Semoga segala ilmu dan perkongsian yang diperoleh sepanjang KPU Siri 2 dapat diaplikasikan secara berkesan dalam memperkukuh pengurusan, meningkatkan daya saing dan mengembangkan perniagaan peserta.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta atas komitmen yang diberikan sepanjang kursus.

Mahu berniaga tetapi tidak tahu bagaimana hendak bermula??? Jangan biarkan idea anda kekal sekadar idea! 🤯🤩Sertai Sarawa...
28/08/2026

Mahu berniaga tetapi tidak tahu bagaimana hendak bermula??? Jangan biarkan idea anda kekal sekadar idea! 🤯🤩

Sertai Sarawak Youth StartUp Kohort 3 untuk menjadi titik permulaan anda!!! 📣💯

✨ Apa yang anda akan perolehi?
Sepanjang 8 hari kursus intensif ini, anda akan dibekalkan dengan silibus lengkap ilmu asas keusahawanan yang merangkumi pelbagai modul penting seperti:
* Perlesenan & pendaftaran syarikat
* ⁠Membina keyakinan diri
* ⁠Pengurusan kewangan, e-invois dan audit akaun
* ⁠Pelan Perniagaan / Business Model Plan
* ⁠Analisis risiko, potensi produk & pasaran
* ⁠Penjenamaan dan pembungkusan
* ⁠Verifikasi dan Pensijilan Halal
* ⁠Perniagaan Francais & Pendaftaran Trademark
* ⁠Industri Kreatif dan Social Enterprise
* Penggunaan AI dalam perniagaan
* ⁠Sesi mentor dan mentee, internship dan coaching
* ⁠Sesi penerangan program sokongan latihan & kewangan dari pelbagai Kementerian, Agensi Sarawak & Persekutuan dan banyak lagii!

📆 Tarikh Kursus: 4 - 11 Oktober 2026
📍 Tempat: Kingwood Hotel, Sibu
⏰ Tarikh Tutup Permohonan: 15 September 2026

🔗 Klik untuk mendaftar:
https://forms.gle/hMd1uZHxhMq6LxKfA

📞 Sebarang pertanyaan:
Ninie: 010-6559215
Yol: 016-800 8585
Fina: 014-688 6981

Kami mencari rakan strategik untuk sistem ERP yang membantu Usahawan memudahkan aktiviti perniagaan. Sila baca poster. H...
27/08/2026

Kami mencari rakan strategik untuk sistem ERP yang membantu Usahawan memudahkan aktiviti perniagaan. Sila baca poster. Hmmmm

KURSUS PERANTIS USAHAWAN (KPU) SIRI 1 Pada 17 dan 18 Ogos 2026, telah berlangsung Kursus Perantis Usahawan (KPU) Siri 1 ...
19/08/2026

KURSUS PERANTIS USAHAWAN (KPU) SIRI 1

Pada 17 dan 18 Ogos 2026, telah berlangsung Kursus Perantis Usahawan (KPU) Siri 1 bertempat di PLK Kemas Kampung Tanjung Parang, Samarahan anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yang memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas-asas penting dalam membina, mengurus dan mengembangkan perniagaan.

Sepanjang program, peserta telah mengikuti pelbagai pengisian termasuk potensi dan bina rangkaian perniagaan, penggunaan Digital Tool dan Artificial Intelligence (AI) dalam perniagaan, ciri-ciri dan kepentingan rancangan perniagaan, serta Business Model Canvas (BMC) melalui sesi demo dan praktikal.

Program turut diteruskan dengan topik pengurusan kewangan dan operasi, asas pemasaran, jualan dan khidmat pelanggan, serta membina rancangan perniagaan. Peserta juga berpeluang mengaplikasikan ilmu yang dipelajari melalui sesi demo dan praktikal, sebelum program diakhiri dengan refleksi modul.

Semoga segala ilmu, kemahiran dan pengalaman yang diperoleh sepanjang Kursus Perantis Usahawan Siri 1 ini dapat menjadi pemangkin kepada peserta untuk membina perniagaan yang lebih terancang, berdaya saing dan mampan.

MINGGU BELIA SARAWAK 2026 Dewan Suarah Samarahan menjadi lokasi berlangsungnya Minggu Belia Sarawak 2026 yang berlangsun...
14/08/2026

MINGGU BELIA SARAWAK 2026

Dewan Suarah Samarahan menjadi lokasi berlangsungnya Minggu Belia Sarawak 2026 yang berlangsung dari 10 Ogos sehingga 16 ogos 2026 anjuran Ministry of Youth, Sports and Entrepreneur Development Sarawak - MYSED

14 Ogos 2026 - Majlis pelancaran Youth Marketplace 2026 telah disempurnakan oleh YB Datuk Dr. Ripin bin Lamat, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak.

Youth Marketplace mengetengahkan pelbagai produk, kreativiti dan bakat anak muda Sarawak, sekali gus menjadi platform untuk belia mengembangkan potensi dalam bidang keusahawanan dan membina jaringan baharu.

Dan yang paling penting Minggu Belia Sarawak 2026 masih berlangsung sehingga ahad ini.

Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan sambutan yang menghimpunkan anak muda, usahawan, komuniti dan pelbagai aktiviti menarik sepanjang minggu ini.

Belia Sarawak, terus melangkah. Terus mencipta. Terus menginspirasi!









Membina generasi belia yang berkemahiran, kreatif dan berani menceburi dunia keusahawanan! Sempena Pesta Daro 2026, Prog...
13/08/2026

Membina generasi belia yang berkemahiran, kreatif dan berani menceburi dunia keusahawanan!

Sempena Pesta Daro 2026, Program Usahawan Belia telah menghimpunkan peserta dalam sesi pembelajaran yang memberi fokus kepada penghasilan sabun serta pemasaran digital.

Bukan sekadar menimba ilmu, peserta turut didedahkan kepada kemahiran praktikal dan strategi pemasaran yang boleh dimanfaatkan dalam membangunkan serta memperluaskan potensi produk tempatan.

Pada 24 Julai 2026 – Program Usahawan Belia Sempena Pesta Daro 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Daro, melibatkan penyertaan golongan belia serta usahawan tempatan dalam usaha memperkukuhkan kemahiran keusahawanan, pembangunan produk dan pemasaran digital. Pelbagai aktiviti pengisian telah ...

Address

Jalan Matang
Kuching
93050

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60165569215

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when beloya2u posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to beloya2u:

Shortcuts

Share

Category